Lilypie Expecting a baby Ticker

Sunday, May 31, 2009

Cerita semalam & hari ini

Lamanya tak mengupdatekan blog aku ni!!Sibuk??(Takla sibuk mana pun...cume perasaan malas nak menaip je)..Takpelah...hari ni aku nak kongsi cerita semalam n hari ni...cewah!


Kisah di hari Sabtu

Pagi - Rutin biasa, pagi2 mesti hubby menebas rumput...tapi bukan dgn sabit ke apa...sebenarnya dgn kayu golf..heh!Itula hobi dia...Kadang2 kalau rajin aku ikut gak hantar dia ke kelab golf KRTU..bukan apa nak breakfast nasi lemak kt sana tu je...Aku suka dgn rasa keenakan sambal tumis dia..Tetapi hari ni, aku malas nak ikut dia. Sambung tido n lepas bangun,
kena basuh,sidai baju...n mengemas...Ingat nak pergi pasar n masak utk lunch nanti..Tapi akhirnya plan tak menjadi...Mengah lak nanti...yela nak berjalan memilih ikan,sayur bagai...

Petang - Hubby balik dlm pukul 1. Ingatkan dia dah beli lunch sekali..Tapi takda pun...Dia dah kenyang katanya...Aku meskipun takla lapar sangat...tapi rasa nak makan punya...Kitorang lepak2 tengok astro, ntah rancangan apa ntah..last2 hubby on channel golf...Aku ni yg dulu tatau apa2 pasal golf pun..dah bleh hapal serba sikit nama player n branded kayu golf tuh...Ni sume penangan dia la. Oh ye one more thing, dia awal2 lg dah bercita2 nak mengajar anak kami main golf pulak...Wait n see jela..Bila budak kecik ni keluar,camna papa dia layan main golf...hehe...

Oh...aku nye boring dok ngadap tv..last2 aku bangkit n bgtau hubby yg aku nak outing. Tgk gaya dia macam malas je...Paham sangat dah!Aku tak kira, coz dlm kepala aku dah terbayang spageti secret recipe.Tak kisahla kelaur sorang pun, aku memang dah biasa. Kesian lak kat hubby. Nampak gaya letih + mengantuk. Biarlah dia berehat. Anyway, lepas mandi, solat,bersiap2 sume, aku pun start enjin kereta n zoom ke lokasi pertama aku Maybank-withdraw duit sket coz plan nak shopping brg baby. Lokasi kedua aku adalah secret recipe dan dgn jayanya aku menghabiskan spageti bolognese n flotty lemon tea.Utk hubby aku tapaukan juga spageti utk dia.

Lokasi ketiga aku -Twins Baby

Amacam?Cute tak building dia?Bentuk castle gitu.Masuk dalam je...oh my!!Heaven!Yelah, barangan babykan cute2 belaka..Bukan sekadar brg baby je, ada gak baju2 n accessories utk girls n boys up to 4 years.Dahla comel2 n colourful belaka.Bikin rambang mata jadinya...So, utk hari ni,tak banyak aku shopping,cuma meno'pup' barang2 yg takda dlm list...Tu pon habis gak dalam 200++ n plus entittle to membership card.Dalam hati aku dah plan, one day nak bawak hubby shopping sini.

Dan utk Kisah Hari Ni,

Takda apa menarik pun. Hubby macam biasalah-Golf!Tapi kali ni jauh sikit..Sanggup main sampai ke Subang. Bertolak pukul 4 pagi. Memang gila kan??Semua sekali 4 orang bertolak ke Subang. Tak kuasa dah nak halang dia. Kalau bab golf, surrender je lah. Around 8 a.m, hubby call bgtau dia tgh breakfast kt kelab Golf Subang. Dan aku pulak?Nak tau aktiviti aku?Pagi beli breakfast dr kedai dlm taman,then makan2,sidai baju yg aku basuh malam tadi, n vacuum sofa n karpet kat ruang tamu nih. Thats it!Lepas tu, lepak tgk tv n now sibuk dgn lappy. Budak comel dlm perut ni pun sama teman mama dia berblog. Geli perut aku dibuatnya..berkali2 aku ubah position duduk..hihi..Dan akhirnya terpudatelah blog aku yg terbengkalai sejak tempoh 6 months!!!(Gila lama...patutlah adik dok komen habuk2 beterbangan..cheh!).

Aku dah taktau nak cerita apa. Banyak sangat cerita sebenarnya.Tapi tatau nak taip yg mana satu. Lain hari lah aku menulis (tataula bila..mungin lepas another 6 months?? =)

1 comments:

Yani said...

Kekda...lama gilerr baru nak update. well time i comment ur blog nie...baby dah kuar pun kan. hehehe..